THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

in Love..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2009

Indahnya Saat Itu...

Entry kali ni aku nak cerita sal aku kua hari sabtu baru ni ngan cintaku..huhu..
Perjalanan memakan masa 1 jam dari umah aku ke KL.. kami kua dlam kul 12…first tempat kami p ialah perpustakaan Negara..Tujuan kami p kt sni sbb aku nak pnjam buku PHP..nak advancekn lagi aku punye system..huhu.. Kat sni yg seronoknya aku sah mnjadi ahli peminjam buku kat sni..huhu..dgn mndaftarkan diri secara percuma dgn dibantu oleh cintaku.. Yang paling seronk seronk seronk adalah ketika melangkah masuk ke tgah bahagian kat perpustakaan Negara 2..rupa2nya ada jualan buku bersama penulis nya sekali..huhu…ada la beberapa org penulis bersama sma ngan buku diorg bt promosi kt sana.. mcm2 buku la ada..stat hari ni sampai 31 haribulan ni.. p la kalau nak tgk penulis2 buku..


Cintaku xde kerja..erm…



kaunter pnjaman buku..tngkat 3 kt wisma sejarah…





“CUMA DIA..”



Cuma 1 tempt ni je yg menarik perhatian aku..tempat jual novel..mcm2 novel ada ngan penulis2 sekali..Aku terpikat 1 buku ni..tajuknya “Cuma dia” keluaran alaf 21..penulisnya Norzailina Nordin.. “Andainya perpisahan ini tanda kesetiaan kurela sendirian dalam kebersamaan..” ni dia punya seimbas lalu sal novelnya.. aku saja belek lama2 buku ni..sinopsis dia sampai 3 kali aku ulang…saja nak bg hint kt cintaku supaya dia nmpak kesungguhan aku utk belikan aku novel ni..akhirnya…

Cinta : syg suka ke novel ni?”.. abg belikan..
Aku : (dgn bt muka xbersalah..) suka..suka sgt.. nak2..
Cinta : hmm..da agak da..ty la penulis dia citer pasal buku ni…
Aku : ala..malu plak…hehe..
Tanpa mambuang masa aku pun ambik buku ni n bg pada penulis 2..
Penulis tersebut : kalau beli novel ni 1 saya bg kek 1..tapi ni ada 3 orang sya bg 3..
Aku : dgn sopannya aku mnjawab..terima ksih puan..
Penulis tersebut : sapa nama?
Aku : asma..
Penulis tersebut : ejaan nama?
Aku : A S M A, puan tandatangan sekali eh..terima kasih..


Dia pun mmbuka plastic balutan buku tersebut lalu menulis samthing dalam novel 2..



Utk mnghargai pluang berjumpa ni..aku mntak tlong cintaku tangkap gmbar aku ngan penulis 2..hahaha..(gelak dgn bangganya)..dgn bangganya aku menayang novel tersebut bersama sama kek percuma..beli 1 percuma 3..




Bodyguard..


Ha..lupa nak kenalkan lg sorg..kami kua 3 org.. sorg lagi adik cintaku.. ni utk memastikan perkara x diingini berlaku.. mn tau tba2 aku tgh syok berjalan JAIS datang.. “ni apa berjalan berdu dua ditgah org ramai”..”da kawin belum..”…” maaf en.jais..kami bertiga..bukan berdua..”OK.. p ty org len plk.. ni conth2 perkara yg kami cuba elakkan..kiranya adik cintaku (idzqar) sebagai penyelamat la..huhu..


Masih solo..berminat? hubungi abgnya utk ditemuduga..



Ni gmbar aku ngan cintaku di perpustakan Negara…
“Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”


Nasi Ayam Mancongkam..

Pas penat berjalan kt perpustakaan Negara.. cintaku bawak makan nasi ayam kat Gombak.. nama kedai 2..”Nasi Ayam Mancongkam”.. sedap nasi ayam kt situ..walaupun sup dia masin skit je..tapi sebbkan lapa..kami sebat je..tapi overalnye memg sedap nasi ayam 2.. thanks cintaku..

“Cintaku Wa”

Pas makan nasi ayam..aku p umah wa cintaku..jumpa ngan dia..da lama xjmpa wa.. aku telah kpmplot ngan wa pasal cintaku..klau ada pe2 terus tipon umah je..xperlu tipon nset dia…hahahaha… dari stu dia xkan terlepas…padan muka..

“Sogo”

Setelah berehat lbih kurang 1 jam kt umah wa..kami nek LRT plak p sogo..nak nek kete sesak plak..almaklumlah..hari mggu…org plak majority dpt pt gaji…sume nak bershoping.. sogo sesak ngan org2..tnsion gak nak jalan pun xleh..ada sale plak… erm.. kami ambik keputusan kua je dari stu.. kami jalan p masjid jamek plak..berjalan2 smpai letih..betul2 xlarat..kul 6 da masa 2.. kat sana cintaku belikan aku baju plak..susah2 je..tapi thanks sgt2…



seronok travel kali ni..huhu…kalau ada masa lagi..memng nak jalan2 lagi…thanks sagt2 cintaku..







Tuesday, July 28, 2009

sESal DuLU peNDaPAtaN...sEsAL kEMudIAN???

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak , dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna , sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA








Thursday, July 23, 2009

Keje!!!! KiJe!!!!! KejE!!!!!

Sgt best sbb arini aku dah Berjaya siapkan salah satu speq program utk projek aku…sbb selama 3 hari aku membetulkan previous program…amatlah menyakitkan ati…salah sana..salah sini….

Bila da btulkan…..tak cukup syarat la plak…waktu tu mmg aku ler lelaki malang kat dunia Prodata ni(anak syrikat Felda…)…waktu nak anta kat kak iza…aku dgn muka yg kewl dan tersenyum berkata

Aku : “da siap kak….sy nak speq baru….” Nampak rajin kan???

Kak iza : “da siap??okok…imran duduk lu…nnt akak anta speq baru…”

Aku bkn pe…klu blh..aku nak trus keje kat sini…biar staf Prodata Nampak kesungguhan aku nak bekerja..skang ni susah nak dapat keje…smalam aku terbaca paper utusan….

”pada tahun depan.kemungkinan pengangguran akan bertambah di china”

Hm????apekah??? aku mmg takleh tgok mahupun dgr ayat seperti tu…aku takut nnt tak dpt keje..skng ni pun ekonomi di Malaysia bukan dlm keadaan yg membanggakan….urusniaga semakin lembap…pelabur2 asing kebanyaknnya susah utk melabur di Malaysia (eceehh…cam pakar ekonomi..)

Dgn gaya yg kewl …(bersandar di kerusi sambil memgang dagu)..aku terfikir….kemungkinan perkara yg sama akan melanda aku….aku patut berusaha utk bekerja kat sini..aku kene tunjuk kat kak izah yg aku mmg blh diharap….
Bukan skali dua aku Tanya kak iza ttg syntax (dgn kata len…panduan program)….mgkn kak iza pun da knal bunyi tapak kasut aku yg sentiasa menjengah ke mejanya……kadang2 aku berlawak sket…spy kak izah tak la bosan sgt asik tgok muka aku je….
Meja aku bersebelahan ngn unit HR…n snang citer kat sbelah aku ni adip(org pertama yg aku knal kat sini..)so, byk la gak aku Tanya kat dia pasal pasaran keje ni…sampaikn report praktikum pun aku minta dia nye report utk wat rujukan..hehehe..snang keje aku..ubah sket2 je…

Byk gak cabaran klu nak keje skang…yg penting usaha….pe jua nak wat..jgn ptus asa…n klu blh..kene la pandai curi peluang yg ada..takkn nak tggu je kat umah…membesarkn abdomen bawahan….
(risau la…doakan semoga sy dpt keje kat Prodata yerr…)

Usaha tangga kejayaan….tak tipu…..












Wednesday, July 22, 2009

AkU oRg MElayu!!!!

Arini aku bosan seperti biasa..apa kejadah nye sume ni???

Saja nak masukkn entry baru ptang2 yg buhsan sggh did lm jiwa….sesiapa yg bc paper(surat khabar) arini..mgkn tau ttg kejadian gerhana….dijangkakn separuh dari benua asia mengalami kegelapan. Tp, aku bukan nak bercerita ttg gerhana sbb aku tak amik port n tak la hebat sgt ttg gerhana ni….
Aku nak cerita ttg mlm yg aku kua ngn amar tempoh hari…..stelah melangkah kua dr mesjid utk bersiap…aku pergi ke rumah amar dan menunggu nya yg klua skejab utk membeli topup….lpas dia amik aku..kitorang pun p la mencari tmpt2 yg selesa utk bercerita…

“ Kita pegi minum kat Old Town nak???? ”….kata amar…

Aku yg jenis tak kisah ni pun stuju la…sesampainya kt sana…kitorang pun melabuhkan diri kat satu port yg selesa di atas kusi yg agak lembut…..stelah 10 minit berborak…mata kitorang tertumpu kat Chinese gurl yg baru smpai…seksi n mmg dlm kategori lawa la…..

Amar : Ko tgok bibir dia…seksi tu

Aku : tu la pasal…(ttp di dlm hati terfikir…)

Knp suka sgt ngn Chinese gurl???tak cukup lawa ke perempuan melayu yg ada…aku tak fhm knp ramai yg minat Chinese look or muka yg tak Nampak melayu sgt ni…hina ke org2 yg bermuka bese ni???(knp aku emo sgt ni???ntah..layan je)…pada aku..perempuan melayu adlh antara yg tercantik…dgn tatatertib yg elok…ada budi bahasa….tau menghormati org len..tak seperti bangsa lain yg slalu aku tgok mementingkan diri….aku hampa gak bila org tidak menghargai perempuan melayu yg ada…lebih gemar memilih pasangan yg tidak bermuka melayu….nak sgt muka tak melayu…p cari org utan….(mmg geram giler ni)aku tak suka org merendah-rendahkn bangsa aku….jgn mengagungkan bangsa len…kita slalu tidak menghargai apa yg ada di dpn mata…pe kejadahnye sume ni…???? Pe yg aku merepek dari tadi…??? Tak taula…tp ni la yg bermain kat lubuk hati nuraniku yg suci…..


p/s : ni pun bukn meayu...ha..taknak plak(mara!!!)








Tuesday, July 21, 2009

IMraN!!!! Pe Nak JAdi NGn KaMU ni????

Smalam tepat 27 rejab 1430 bulan islam…kita suma menyambut hari israk mikraj….

Aku dgn rasa tawadduk dan ada keinsafan yg sdikit ni pun jejak kan la kaki ke mesjid..bukan tak pernah pg..tp aku malas sket nak pg blah mlm..sbb byk citer best yg menarik lagi tertarik….

Tp…ceramah yg aku dgr kali ni lbh menarik dari biasa..seperti aku mendapat rahmat dari-NYA yg satu…aku sentiasa kagum dengan kehebatan-NYA walaupun acap kali aku mendengar ucapan dan ceramah yg sama….mana tidak…jika difikir logiknya..

Malam israk mikraj ni nabi junjungan kita diangkat ke langit….dibelah dada….diberi rahmat utk melihat syurga dan neraka, ….subhanallah…
Klu nak diikut kan..ada tentatif yg teratur di mana ia berlaku…sebelum…semasa dan selepas..

Sebelum berlakunya kejadian ini… Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam. dibuang ketul hitam iaitu tempat syaitan membisikkan. Kemudian dituang plak ngn ilmu, dan iman.hm…

kalau la zaman skang blh buat mcm ni..aku syorkan suma org..ngn aku2 skali p operate…abis suma dibersihkan dlm diri…
Masyaallah…aku terus tunduk dgn keagungannya…terlalu kerdil kita di muka bumi..sdngkan H1N1 snang citer selsema BABI yg melanda kita skang pun da kelam kabut….doktor susah mencari penawar…

Hm…aku terdiam seketika…


Selepas 10 minit……Trutt…trutt (bunyi msg)

“imran..jom lpak minum..aku baru blik ni….” (msg dari ammar)

Hehe..aku mengaku…imanku senipis kulit bawang….aku angkat kain….sambil angkat kaki….salam kiri kanan….start motor…siap2 nak klua la…





"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."

Monday, July 20, 2009

RupA atau MuKA????

Smalam aku dapat satu msg yg berbunyi….

“salam im.. ak ni @#$& (nama x blh didedhkn). Ko ada no nur (bkn nma sebenar) x? aku nak blh? Sblm 2 ko Tanya la nur dulu. Tkut dia mara ko plak…”

Smalam aku dpt msg yg berbunyi seperti diatas(wlupun tak berbunyi….) dlm ati aku..”ni mesti nak ajak date..hehe”.. tapi bole ke member aku….hm…kita gelarkan dia faiz la eh….bole ke faiz ni tekel member aku sorang lg ni???n knp aku nak kene mara plak???berni nur tu nak mara aku???hahahahahaha.... Setau aku mmg da lama dia minat kat nur ni…tangkap leleh la wa ckp.. tapi (but klu ckp omputihnya…)dia slalu mengadu ttg kekurangan yg ada..aku yg pernah berada di tmpt dia dolu2, kdg nasihatkanla yg bnd tu suma bolh berubah..janji kiter kene rajin n tak mudah putus asa la….wah!!! waktu ni aku la yg plg hebat…menglahkn kaunselor skolah lama aku..

“Cinta tidak mengenal rupa….”

Tu salah satu perkataan yg pernah aku ckp kat dia…hebat kan???
Aku tak tipu..cinta tak mengenal rupa..slalu aku tgok kat mana2.. klu awek lawa..pakwe dia….ALAMAKATAK!!!!! n sbaliknya…majority la..klu sikit2 blh gak sangkalkan ayat aku tu…..dari situ gak aku mmg pasti yg cinta lgsg tak knal rupa..pada aku cinta hanya knal DUIT….hm..korang mara la tu….aku tak tipu….skang ni susah sgt kita nak cari teman yg btul2 pencinta sejati….
Mmg la ada…aku tak ckp pun takda kan3x????
Tp klu ayat korang power….mgkn blh je kalahkn kuasa DUIT tu…slalu epykn org yg korang syg tu..bagi ayat2 manis…lama-kelamaan insyaallah dia tertarik nyer…tak tipu… aku da Tanya sendiri kat chentaku…skang ni aku doakan supaya suma kawan aku tak merana dek cinta…sbb tu suma permainan doniawi…chewah..bajet tak bercintun..hehe..

So, pape pun…chaiyok2x kwnku…..
Jgn mara ye kwnku...hehe



Friday, July 17, 2009

Abg,Syg & Title...


create by asma,

erm, bercerita kepada tajuk diatas..
aku secara rasminya telah memilih beberapa ayat yag telah xditerima
oleh cintaku...iskh3...
tajuk tersebut adalah description bagi title yg telah cintaku letakkan..
iaitu..Aku + Dia = 'AKU' (setelah digabungkan menjadi 1)..

erm, maka disitu timbullah beberapa persolan daripada cintaku..
yg xberpuas hati dgn tajuk yg telah aku titlekan sebelum ni..
erm... maka berlaku sekecil kecilnya pertelingkahan ini......

CiNtaKu: abg tak suka la andai itu takdirnya
nampak sgt xmo hidup ngn abg
me: erm
CiNtaKu: berserah pada takdir
me: da tu
syg tukar
baik2
maaf2
CiNtaKu: berserah pada takdir tanpa usaha
dah nampk kat mana hati syg skang
me: erm
1:35 PM CiNtaKu: syg tak pasti kan?
me: tajuk novel
hehe
maaf2
CiNtaKu: letakla tajuk len
me: baik...jb2
syg tkar
CiNtaKu: jap2
kita bincang kat sini lu
baru decide
jgn decide sorang
me: cadangan2
1:36 PM erm baik
CiNtaKu: hm....
me: maaf
CiNtaKu: dimaafkan
hm...pe eh tajuk bes
hm...
me: tercipta untukku
1:37 PM CiNtaKu: syuuttt....diam la...takleh cocentrate mcm ni
hehehehe
dan ke
me: jb2
hehe
CiNtaKu: tapak tanganku di mulutmu
hehe
1:38 PM me: erm
lain je
erm
CiNtaKu: sbenarnye nak tkar tapak tgn ke organ len
hehehe
me: kala mimpi bersatu
hehe
CiNtaKu: wow
hebat2
me: cinta hati kita
jawapan yg pasti
1:39 PM CiNtaKu: jap
lain2
me: cuma dia
CiNtaKu: pasni takyah ubah2 lagi
me: tiada yg kedua
CiNtaKu: bernafas untuknya
hm...tak bes
me: tiada yg kedua
erm
1:40 PM CiNtaKu: takde berdua
bertiga la
me: cinta 2 jiwa
CiNtaKu: hehehe
me: erm
CiNtaKu: haaa
abg da dapat
btul2
me: erm
mulanya 1 cinta
CiNtaKu: rindu memaksaku menyayangimu
me: hehe
1:41 PM tajuk lagu..
CiNtaKu: hehe
lain2
me: nak buat yg 2 ke?
syg ok je
CiNtaKu: hehe
me: kau tetap dihati
1:42 PM CiNtaKu: hm
me: saat kau hadir
CiNtaKu: idea yg kita kuakan suma bersifat individu atau kumpulan
me: ok2
CiNtaKu: cuba tukar kepada jiwa....
me: tajuk pe yg sesuai
1:43 PM abg plak
CiNtaKu: atau pun maksud yg mendalam
jap
erm
CiNtaKu: ayat tu biar mendalam....tapi menuju ke kita berdua
alah
1:44 PM jgn mcm tu
ayat syg suma best
klu kita tukar jadi mendalam sket
biar org berpikir
hm
me: pe dia?
xtau..
CiNtaKu: biar org tau betapa agungnya cinta kita
abg pun tak tau
hehehe
sbb tu tanya syg
syg pandai buat ayat
1:45 PM me: erm..
nnti syg pkir
CiNtaKu: abg search kat google
me: ape ayatnye?
CiNtaKu: tak tau
falsafah kot
search
1:46 PM me: jb2
CiNtaKu: abg lebih syg niza dari segala
1:53 PM me: thaks..
abg..jb syg cari ayat
CiNtaKu: ye
abg pun ngah cari
1:55 PM me: hehe
CiNtaKu: suka plak
1:56 PM me: mari kita cari
CiNtaKu: ye
mari
2:00 PM me: Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima
CiNtaKu: owh
hebat2
mana dapat
hehehe
me: besela
2:01 PM syg tau lman2
cinta ni
hehe
CiNtaKu: hehe
hebat btul
me: nape?
syg cari lgi
CiNtaKu: abg nak ubah sket
me: jb2
abg add value je ayat 2
2:02 PM CiNtaKu: eleh
ayat len ada tak
ayt ni mcm tersangkut
2:03 PM me: erm
baik
tambah la
CiNtaKu: sygkan hebat
teruntuk cintaku yang selalu ada dihati, aku akan selalu menyayangimu.
me: Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima
2:05 PM CiNtaKu:
jangan menyiksa diri dengan cinta,hiduplah dengan cinta
adoi
me: hehe
CiNtaKu: kepala da tak btul
me: abg jiwang
CiNtaKu: hehe
tak2
abg ubah2 je
me: hehe
2:06 PM CiNtaKu: hm
syg pilih la yg mana satu
abg ubah
2:07 PM me: ikut abgla...
yg mn2
CiNtaKu: Di mana ada cinta, di situlah ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.
me: pun xpe
CiNtaKu: Cinta tidak mengedut atau mengendur. Yang mengedut atau mengendur adalah kulit kita.
2:08 PM helo2
me: hehe
2:09 PM yg bwah tu klaka
CiNtaKu: he
me: yg atas syg suka
CiNtaKu: pikir len
me: ambik yg atas eh
CiNtaKu: Di mana ada cinta, di situlah ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.
yg ni ke
me: ye abgku
nape?
2:10 PM CiNtaKu: ok
set
hehe
tajuk jiwang
me: hehe
jb
syg edit
CiNtaKu: baik


hehe...akhirnya..pe yg tertulis diblog kami ni..
idea daripadanya...

mmmmuuuaahh..

penattnyee..

Arini Badn ku trasa penat...
lenguh gilerrr...

trasa tulang blakang aku tidak lagi menjadi organ penting buat masa ini...
waktu aku paling ke blakang...ternmpak aida(kawan ofis) memegang pamplete uitm yg menawarkan kos master yg agak menarik gak...
aku minta n baca la...konon2 blh ilang ngntuk...seminit je...trus blurr pale otak aku..
takleh jadi ni....

" mesti buat sesuatu utk ilangkan ngntuk....badan pun pnat..
klu bgtau asma(kekasih hatiku...)confirm mengamuk cam godzilla...dia da la
tak bagi aku men futsal mlm td...disuruhnya aku tido..tp diengkari..hehe..
hm...."

ni la ayat yg bermain di benak kepala aku.....hm..naik jungut pale klu tggu...

hehe....ajak adib tido la...tak taula dia nak ke tak...kekeke...

Wednesday, July 15, 2009

DiAM...???? AkU KeMBali seperti Sediakala

hari ni tepat pada pukul 7.16 pagi aku bangkit dari sofa yg kurang enak ditido bersiap sedia utk ke opis yg akan menjadi rumah kedua ku selama 6 bulan... hormon2 yg dirembeskan dari otak kku tidak keruan hari ni...rasa semuanya mcm tak kena....aku mendiamkan diri di rumah...tidak berkata sepatah pe pun ngn wa(nenek) aku..aku bersiap dan trus menyetat motor....aku slalunya akan lalu di highway DUKE....laluan baru dibina..."7 minit ke damansara" itu salah satu iklannya utk menarik perhatian pengguna jalan raya menggunakan khidmat tar yg diberikan...aku keluar di exit jalan semarak....
bnd yg aku plg tak suka terjadi (kemalangan) jadi plak....nasib bek tak melibatkan darah....aku berhenti kerana lampu isyarat mengeluarkan otput yg berwarna merah...da merah maksudnya berhenti...bukan trus berlumba....kereta naza yg di belakangku dgn tak tentu pasal tanpa angin sepoi2 bahasa tlah menyondol ku tanpa alasan yg munasabah.....

Aku : cilake tul la
: HOI!!!! BODOH KE PE KO NI????
Pemandu bongok: KE TEPI DULU LA!!!!

owh....dia ingat aku takut....aku trus ketepi jalan bersiap sedia utk menerima apa shj yg akan berlaku.....aku tak kira..aku nak lepaskan gram gak....aku btul2 tak stabil bila jd mcm ni...jantung aku mengepam darah ke urat2 smakin laju....
setelah berhenti diikuti ngn naza tadi...perbalahan yg kecil berlaku..

Pemandu bongok : ALAH!!! skit je...tu pun nak kecoh...

Aku : (owh..ko kata kecik eh...bisik ati nurani ku yg suci)

dgn kekuatan yg telah ditapis...aku amik helmet yg ada di bakul aku...dan menghentak trus ke boot kereta naza....pemandunya tak berkata apa....

Aku : HAH!!! TU PUN SKET JE...

aku trus blah n biarkan pemandu tu yg seakan-akan mengambil no plat motor aku..aku pduli apa.....tiada bukti kukuh....hahahahaha(jahat..bajet tau suma selok belok saman menyaman...)

aku nak istiharkan..harini ari diam sedunia...nak communicate gune msg je...takpun guna asap...aku nak jadi mcm dulu..klau berlembut suma pijak kepala....skang aku maleh nak brubah..tak guna

Susu??? KuaT Ke???

anda yakin ke ngn iklan2 susu yg slalu terpapar di kaca televisyen skang???
utk tulang kuat n hebat....

ada satu iklan tu memaparkan klu kita tak minum susu di usia petang a.k.a tuer....
50% tulang kiter akan mereput..betulkah???

kiter tgok huraian pakar2 susu a.k.a pakar pemakanan....

*Susu mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

*Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

* Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

* Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

* Susu secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

* Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu serta kandungan sodium yang rendah dlm susu sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

* Susu mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

* Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

* Susu juga mengandungi factor anti barah.

bykkan??? skang ni aku pun sendiri minum susu...mcm budak2 klu nak dipikirkan..
tapi...bila da amik suma kebaikan n tolak buruknya...minumlah susu...

owh..thx la kat zul paiz n yaya...dorang la menyarankan aku minum susu....
katanya tido akan lebih nyenyak...ya btul...mmg nyenyak....bangun pagi pun segar...hehe...

p/s ; teringat waktu kecik dulu....(hehe...imbasan je..jgn pikir negatif plak...)

Monday, July 13, 2009

adoila arini!!!

Hari ni agak bosan utk aku….
Takda bnd sgt nak buat..just study syntax utk menyambung program aku yg seakan-akan sangkut seperti pakaian di ampaian…pagi tadi dah la ngntuk giler… bangun pun sbb ada tarzan kat umah…(wa a.k.a nenk aku)…

WA : BANGGGUNN!!!!!!! Tu lah…tido lambat..pg mana smalam..
AKU : ala..sket je lagi..biarlah danial(adik sepupu aku) mandi dulu..sempat punye….

Stiap pagi itu je la dialog yg sering aku dan nenek aku ketengahkan…bila da sampai opis…aku letak jaket hijau ku atas kusi….n trus amik cawan yg memaparkn perkataan KURNIA INSURANS ku utk membuat air…
Adoi!!! Kaki aku yg berhayun rancak tadi terhenti oleh sbb laluan tak guna…..aku tersepak kayu ntah sapa punya keje….ltak mcm tu je…dalam opis plak tu….

AKU: @#*&^%$(mencarut tak hengat)

………bila da dok atas kusi..kak iza dtg..bg spec baru utk program aku….trlalu bosan utk buat pape arini..aku mengambil keputusan utk berjalan-jalan…..ye la!!!jalan guna kaki…ke tandas..ke surau…
Sebijik cam mubaligh….isk3….harini mmg ditakdirkan aku bosan kot(bisik ati nuraniku…)
Sok aku nak hepy plak….masa bosan aku nak abiskan arini…..

Lalalalalala~~~(sambil memusingkan kerusi di tempat duduk)

Friday, July 10, 2009

praktikum

dah lama btul tggl alam blog ni...
sejak praktikum...aku rasa dunia ni btul2 berbeda...kawan2 yg rapat dulunya..tak jumpa lg skang...hm..
susah nak update blog kat sini...protect giler2 nye...bosan????? tak kot...
aku dapat praktikum kat felda dalam unit sap(abap)... mmg best giler....mana tak nya...aku suke ngn sql statement(database)....tiba aku diserap dalam unit programming...kat sini ramai staff..kurang lebih 300 org..org yg 1st skali aku knal...adib...hehe..dia ni baik giler.... slalu tlg aku mcm2..then aku knal plak ngn epul...fadly...kak iza...kak ros...topek...hazri...bad...shahrul ....tunang shahrul(wlupun blum tunang lagi..)..akak norr..kak tribe..(xtau nama..he)...sapa lagi??ramai..tu baru unit abap...kat sini ada bape unit eh..sat2..kira lu...abap...hr...mm...slp..fi..basis..pe lagi eh...owh...sd last skali...fisrt week tu mati2 ingat keje susah amat....takut + seram...mcm2 dalam kepala...bila da masuk sini...perhhh..best pulak..ngn kawan2 opis yg sempoi...ada makan2 klu training...dulu dari kurus semakin berlemak la..hehe...yg plg aku suker tak terhingga....sini mcm2 sukan yg disediakan utk staf....aku tibai men sumer...takkan nak tolak kot..nasib bek renang takde...bayangkanla..futsal rabu malam, bola tampar khamis petang..jumaat malam lak aku join men badminton..sumer tu preee beb...mana nak dpt company mcm ni..susah...tima kaci en taher..hehehe...
owh..kat sini gak ramai member ayah aku..so kene jaga kelakuan giler2 nye...
tapi...best2 pun..kadang aku sedih...mcm mn keadaan niza??? aku slalu teringat kat dia..da makan blm...sihat tak..dia tu da la malas nak mkn..sunyi pula bila dia takde...slalu dia yg ngamuk2..rindu aku kat dia..giler2 nye..rindu kene ngamuk(ngeh2..bese la tu..nyakat)...
tp bila dapat berhubung..aku sakat dia abis2..sampai dia tak tahan..hehehe..sronok2..ilang gak la rindu 2 percent dari 19000 percent..hehehe...
harap sgt aku cepat dapat keje..boleh kumpul duit...pe lagi..kawen la...wat masa skang ni aku kene fokus gila2.. sampai gila supaya dapat keje...
harap niza pun rindukan aku gak...sedih..dulu slalu mkn tgah hari sama..skang aku mkn sorang je kat pantry...dulu air share...tapi skang minum sorang..kat pantry tu takde org..tu la port aku utk makan slalunye....bile sume staf kua makan..terhegeh-hegeh aku bawak bekal yg nenek(wa) aku masak....biarla makan sorang..asalkan aku tak curang...biarlah org ckp aku takde duit ke...sombong ke...yg penting aku brubah..aku taknak jd mcm dulu...
so....sayangilah insan yg ada dlm hidup anda..jgn sia-siakn dia n jgn sesekali curang ngn dia..sbb aku percaya...org yg baik akan dibalas baek..dan sbalikya..chewah!!! penglipur lara la plak..
k la...nak sambung keje...salam...

"..OuR MeMoRiE's.."



~Kias CinTa~